Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Kes pandu lawan arus: Model sambilan didakwa Mengaku tidak bersalah

CINDY NG PEI VEN yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan enam buah kenderaan dan mengakibatkan seorang pemandu maut berdekatan Permatang Pauh baru baru ini diiringi polis untuk didakwa atas kesalahan berkaitan dadah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Pulau Pinang di sini hari ini.
"Arwah Seperti Dibunuh Dengan Sengaja, Saya Akan Saman," - Bapa

Mengaku tidak bersalah......

BUKIT MERTAJAM: Seorang model sambilan yang memandu melawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth di Lebuhraya Utara Selatan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majisret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengambil dadah jenis syabu, Selasa lalu. Tertuduh, Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap, sejurus pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Pei Ven didakwa memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badan di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perai Tengah di sini, kira-kira jam 5 petang, Selasa lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Md Azman Kadir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Jamaliah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya tertuduh melapor diri seminggu sekali di balai polis berdekatan.

Bagaimanapun, hakim menolak permohonan menggantung lesen memandu tertuduh kerana pendakwaan hari ini dilakukan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula. Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi Selasa lalu, Pei Ven memandu melawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth, Lebuhraya Utara-Selatan, sebelum merempuh sebuah PERODUA Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.
ANGGOTA polis mengiringi Ng Pei Ven, (dua dari kanan) ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, atas tuduhan dadah di bawah Seksyen 15 (1) ADB.

SUNGAI PETANI: Berikutkan kemalangan yang mengorbankan Mohamad Fandi Rosli dalam kejadian kemalangan semalam, keluarga Allahyarham dilaporkan akan menyaman pemandu Proton Gen-2 yang melawan arus berkenaan, lapor Berita Harian.

Bapa mangsa, Rosli Lin, 57 berkata, segalan keputusan yang dibuat berkenaan telah pun dipersetujui keluarganya selepas mereka merasakan pemandu Proton Gen-2 yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, perlu bertanggungjawab atas kematian anak sulungnya itu.

"Kami akui apa yang terjadi adalah suratan takdir, namun kematian anak saya perlu pembelaan dan individu yang bertanggungjawab itu perlu mendapat hukuman yang setimpal."

"Kemalangan yang berlaku bukan kemalangan biasa, tetapi ia disengajakan dan kami merasakan anak kami seperti dibunuh dengan sengaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Pinang di sini, sebentar tadi.


Menurut beliau lagi, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemandu tersebut supaya ia menjadi pengajaran kepada pemandu lain.

"Ini kerana tindakan beliau yang memandu laju dan melawan arus bukan tindakan yang boleh dimaafkan hingga menyebabkan kematian satu-satunya anak lelaki saya," tegas beliau.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid dalam satu kenyataan medai berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 19 tahun itu, berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka.

Menurut beliau, suspek yang berasal dari Taman Desa Murni sepatutnya memasuki susur keluar Sungai Dua untuk pulang ke rumahnya, namun terlajak sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua.

"Suspek yang baru pulang minum di sebuah kelab bersama rakannya mendakwa ternampak sebuah lori di hadapannya menyebabkannya bertindak membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga bergesel dengan tiga kenderaan di situ. 

"Suspek kemudian memandu laju kenderaannya secara melawan arus dalam jarak lima kilometer sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengakibatkan lelaki itu maut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT, di sini, hari ini.

Semalam, Mohamaf Fandi memandu kereta Perodua Kelisa sedang dalam perjalanan pulang dari kerja sebelum kenderaannya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu melawan arus menyebabkan beliau masut di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.


No comments:

Powered by Blogger.