Polis ditembak mati di Balai Polis Subang Jaya

RIP - Mayat mendiang Tuan Valentino Mesa tiba di Lapangan Terbang Sibu semalam. Mayat mendiang akan dibawa ke Pakan Sarikei untuk adat penghormatan terakhir sanak saudara dan sahabat handai.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



1 Sept,2017

Kerja menjaga keamanan hingga hujung nyawa. Salam takziah buat keluarga mendiang Velentino Mesa.

Shah Alam – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal sempat mengemaskini status di laman Facebook miliknya beberapa jam sebelum dia ditemui mati di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, hari ini.

Dalam kemaskini tersebut, mangsa yang hanya dikenali sebagai Valentino Mesa memberitahu dia sterpaksa bertugas ketika cuti umum iaitu pada 4 September depan.

Dia juga turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada rakan-rakan di media sosial miliknya itu.

“Isnin cuti!!!!..tapi aku kerja juga, jadi sama je pun…hahaha. Selamat Hari Kebangsaan,” tulis Mesa di laman Facebook.

Dalam kejadian itu, Mesa yang bertugas di kaunter pertanyaan ditemui mati jam 3.30 pagi dengan kesan tembak dan tetak.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, siasatan sedang dijalankan di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat sebenar dan motif kejadian.


"Suspek Pembunuhan Anggota Polis Berasal Sibu Ditahan"

SIBU: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan awal pagi ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Lans Koperal Valentino Mesa, 29, yang ditetak dan ditembak ketika bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor yang mengesahkan perkara itu berkata sebelum itu suspek yang berasal dari Sibu dipanggil beri keterangan pada sebelah malam.
"Suspek akan dipohon untuk reman pagi ini. Ia adalah proses siasatan yang dilakukan mengikut peruntukan siasatan sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau tidak mahu orang ramai membuat sebarang spekulasi ke atas penahanan ini kerana akan menjejaskan siasatan sepertimana tular sebelum ini.

Valentino yang bertugas sendirian, ditemukan mati dengan kesan tetakan pada kepala serta tembakan jarak dekat di Balai Polis Pinggiran USJ, pada 3.25 pagi semalam.

Kejadian disedari anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang kembali ke balai terbabit selepas selesai rondaan.

RIP. Mayat mendiang Tuan Valentino Mesa baru saja sampai di Lapangan Terbang Sibu sebentar tadi.

Mayat mendiang akan dibawa ke Pakan Sarikei untuk adat penghormatan terakhir sanak saudara dan sahabat handai.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.