DS Najib ucap tahniah PM, sedia bantu peralihan kuasa PRU 14

Status Najib mendapat pelbagai reaksi netizen yang ternyata berpuas hati dengan keikhlasan beliau menawarkan bantuan dan sokongan terhadap usaha peralihan kuasa. (Gambar reuters)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Najib ucap tahniah, sedia bantu peralihan kuasa

Beliau berkata demikian menerusi Twitter semalam, dengan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke-7.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau bersedia membantu proses peralihan kuasa kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Mahathir Muhammad yang baru memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Beliau berkata demikian menerusi Twitter semalam, dengan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke-7.


“Baru mengucap tahniah kepada Tun Mahathir di atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri yang ke-7. Saya sanggup membantu peralihan kuasa yang lancar,” tulisnya.

Status tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna internet yang ternyata berpuas hati dengan keikhlasan beliau menawarkan bantuan dan sokongan terhadap usaha peralihan kuasa.

Ramai yang mengucapkan terima kasih di samping ada yang mempersoalkan dan minta Najib berehat sahaja.

PRU14 dimenangani parti PH yang diketuai bekas perdana menteri ke-4, Dr Mahathir.

Barisan Nasional kecundang di tangan PH selepas 60 tahun parti itu memerintah negara.

Semalam, Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7 pada kira-kira 10.00 sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.